CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 23, 2011

30 TANDA PEREMPUAN SUKA PADA SESEORANG

ASSALAMUALAIKUM semua :)

1. Bila sorang perempuan tu cakap yang dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan korang selepas korang menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum korang menegur dengan ucapan maaf.

3. Perempuan susah nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang*sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan. Haihh -,-

4. If perempuan tu jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. Haha bantai doo,

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair macam coklat kott :p

6. Perempuan memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Kalau korang tidak suka dengan perempuan yang sukakan korang separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri perempuan yang korang tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari korang selepas korang tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya korang masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. Memang lah aku penyepak.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood perempuan.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi perempuan. Jadi jangan senyum sebarangan. Lagi lagi lelaki yang senyuman dia sweet en. Maih cairnya aku.

14. Jika kamu menyukai sorang perempuan ,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. Yes!

15. Jika seorang perempuan memberi seribu satu alasan setiap kali korang ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan korang k. Jgn perasan haha.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!

18. Lepas sorang perempuan jatuh cinta, dia akan sering tertanya tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. Haihhh kan?

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis impian korang, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. *Mcm aku dengan hafiz dulu. hihi

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. Setuju tak weh?

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua perempuan mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati. Bukan separuh hati k.

27. Senjata perempuan adalah airmata! So nangis ah banyak banyak haha.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Perempuan senang jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang diri dieorang dan baik dengannya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Okay, tu la antara tanda2nye..haa ape?? korang juga tersenarai dlm list tu? hee..